Kila Fairy Berduet Bersama Sean Kingston

Dua penyanyi tanah air, DJ Aku Ash dan Kilafairy telah bekerjasama dengan bintang antarabangsa, Sean Kingston dalam single terbaru mereka yang berjudul ‘Put The Word In’.

Nama DJ Aku Ash bukan asing lagi dalam industri muzik dan hiburan Malaysia. Malah, rata-rata rakyat Malaysia sudah biasa berpesta dengan alunan muzik yang dimainkan oleh Dj Aku Ash.DJ Aku Ash amat dikenali di pusat-pusat hiburan ibu kota kerana persembahannya yang sentiasa segar dan bertenaga dalam menghasilkan muzik.

Beliau berganding dengan KilaFairy, pelakon dan penyanyi yang sudah bergiat aktif dalam industri hiburan sejak berusia 18 tahun. Kini, nama KilaFairy mekar di hati peminatnya yang sentiasa menyokong kerjaya seni beliau.

Tidak lupa juga, kedua penyanyi ini turut berkolaberasi dengan Sean Kingston yang merupakan penyanyi, penulis lagu, rapper Jamaican-Amerika yang popular di persada Hollywood.

‘Put The Word In’ merupakan sebuah lagu yang disusun oleh DJ Aku Ash dan liriknya ditulis oleh Bryan B, DJ Aku Ash dan Kenny Hughes. Lagu yang bertemakan ‘swag’ ini mengajak pendengar untuk mengikut kata hati sendiri semasa bercinta.

‘Put The Word In’ kini boleh didapati di semua platform digital seperti Spotify, Joox, Apple music dan iTunes. Malah, dalam minggu pertama single ini dikeluarkan pada platform digital, lagu ini telah pun boleh didengari di Spotify & iTunes di Malaysia, Phillipines, Indonesia, Taiwan dan Belgium.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *