Tahniah!!! “Saya Bakal Dapat Baby Girl” – Memey Suhaiza Kongsi Di Ig Jantina Anak

Pelakon Memey Suhaiza mengumumkan akan menimang bayi perempuan tidak lama lagi.

Menerusi entri di Instagram (IG), Memey berkongsi berita gembira tersebut selepas melakukan imbasan 6D, semalam.

“Alhamdulillah, hari ni saya happy sangat. Antaranya saya teruja buat 6D scan.

“Jujur ini pengalaman pertama saya masa @awishzarisz mummy tak sempat buat. Best sangat rupanya. Siap tanya doktor boleh buat selalu ke sebab detail scan  6D ni kita boleh tau terperinci keadaan baby setiap anggota dan tahap kesihatan baby.

“Semuanya dijelas satu per satu setiap anggota baby dan yang paling penting saya dah dapat confirmkan jantina baby saya. Kalau sebelum ini tak sure kan?

“Kali ini jelas Alhamdulillah. Saya dapat baby Girl. Terima kasih pada semua yang mendoakan,” tulisnya.

Melalui perkongsian itu, rata-rata pengikut Memey melahirkan rasa tidak sabar menantikan kelahiran bayi itu dan berdoa agar Memey serta kandungannya berada dalam keadaan sihat.

Norman dan Memey dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.

Manakala melalui perkahwinan dengan Abby Abadi, Norman dikurniakan tiga zuriat iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10 tahun.

Sumber:Ig Memeysuhaiza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *