Viral!!! Ini Berita Sebenar..Bukan sebab isteri mengamuk suami kerap pergi memancing..

Viral di media sosial hari ini gambar ngeri kepala seorang lelaki ditetak dengan pisau pemotong daging.Menurut sebuah laman Facebook, kejadian itu berpunca dari si isteri geram dengan suaminya yang kerap pergi memancing sehingga mengabaikan tanggungjawabnya pada rumah tangga.

Bagaimanapun, itu bukanlah punca sebenar kejadian yang berlaku.Lapor Metro, kejadian itu berlaku pada Julai tahun lalu di kediaman pasangan berkenaan di Kampung Cham, Kemboja. Touch Channa, 30, dilaporkan bertengkar dengan suaminya, Sim Thea, 30 pada hari kejadian.

Gagal mengawal kemarahan, Sim kemudian melibas pakaian isterinya sehingga terkoyak dengan pisau pemotong daging. Touch berjaya merampas pisau tersebut dari suaminya dan membaling senjata tajam itu keluar tingkap ke arah sungai berhampiran di belakang rumah mereka. Malangnya, pisau tersebut terkena tepat pada kepala jirannya yang juga saudaranya sendiri, Chea Sokkot, 29, yang sedang mengubahsuai botnya di tepi sungai.

Ekoran kejadian itu, Chea dikejarkan ke hospital dengan pisau pemotong daging yang masih melekat di kepalanya.

Susulan kejadian itu, polis telah menyiasat pasangan berkenaan sebelum menahan Touch untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Daerah Kampong Siem, Leftenan Kolonel Ek Pranon, berkata, Touch ditahan kerana menyebabkan kejadian itu berlaku. “Suspek berkata dia ketika itu bertengkar dengan suaminya.

Suami dia kemudian memotong bajunya dengan pisau tersebut dan dia mengambil pisau itu dan mencampaknya ke sungai di belakang rumah. “Malangnya pisau itu terkena pada kepala mangsa yang ketika itu sedang mengubahsuai botnya di Sungai Mekong,” katanya.

Pengarah hospital di daerah itu, Dr Yun Sinath berkata, kecederaan yang dialami mangsa agak serius namun mangsa berada dalam keadaan stabil. “Jika pisau itu dikeluarkan serta-merta pada waktu kejadian, ia boleh menyebabkan mangsa meninggal dunia,” katanya.

Sumber :https://thetrendingnow.blogspot.com

Sebelum ini viral cerita di bawah.

Isteri naik hantu tetak kepala suami

 

Seorang isteri tergamak menetak kepala suaminya hanya gara-gara suaminya itu keluar memancing.

Info yang di kongsi oleh viral mufakat johor ini telah menjadi perbincangan hangat natizen meskipun kejadian sebenar belum didedahkan.

Rata -rata natizen mengecam tindakan wanita yang menatak kepala suaminya itu,

Katanya akibat kerap pergi memancing,bini tak tahan.tulis Page Viral Muafakat Johor yang memberi sumber kepada Viral Fishing Story.

info lanjut akan di kemas kini.

Sumber: e berita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *