(Video) Tahniah!!! Yatt Hamzah Selamat Melahirkan Anak Ke-3..Yatt Hamzah Kongsi Detik Cemas Bayi Terbelit Tali Pusat

Sudah lama tak nampak Yatt Hamzah muncul di kaca drama televisyen, kan? Kini, pengacara dan pelakon Dunia Baru ini kerap menerima undangan sebagai ahli panel di forum-forum agama. Dia juga aktif di media sosial dan gemar berkongsi pengalaman hidup buat teladan pengikutnya.

Terbaru, Yatt memuat naik video detik cemas melahirkan cahaya mata yang ketiga. Video tersebut menyaksikan tali pusat melilit dua kali pada leher bayi tersebut. Namun, kelahiran puteri ketiganya selamat dilahirkan dengan bantuan doktor.

Tali pusat lilit leher anak

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar! Saya dengan rendah hati share moment detik2 cemas sebelum melahirkan #LilSuci #LilMujahidahSuci #BabyYH pada 1 April 2018 lalu tepat jam 12.10 pm. Hanya dengan 1 niat, agar ia dijadikan inspirasi buat para ibu ayah, yang bakal menimang cahaya mata buat kali pertama dan pengajaran buat anak2. Wallahi sungguh besar pengorbanan seorang wanita bergelar ibu. Sungguh tulus suci cinta mereka. Bila sudah menjadi ibu, barulah faham kasih dan pengorbanan ibu kita dahulu. Wahai para suami, hargailah dan cintailah isterimu kerana dia berjuang dengan nyawanya utk memberikanmu cahaya mata sbg waris legasimu. Tahniah IBU, kalian Mujahidah yg kuat. Semoga anak2 jadi syafaat utk mu ke Syurga. Ameen. . Perhatikan tali pusat yg melilit 2 kali leher #babyYH #LilSuci Alhamdulillah Allah selamatkan anak Bonda. ALLAHUAKBAR! . @zul.autkaz . 📽🎥@suhanakamal_ #BondaYH #yattmengayat #fromtheheartofaMujahidah #darihatiseorangMujahidah #yatthamzah #kisahlabourroomku #newborn #baby #motheranddaughter #labour

A post shared by www.fb.com/YATT.HARYATIHAMZAH (@yatthamzah_suci) on

Pada 1 April lalu, pelakon Yatt Hamzah selamat melahirkan anak yang ketiga. Dia juga berkongsi video detik cemas semasa melahirkan anaknya itu. Video ini menyaksikan leher bayi ini dililit tali pusat sebanyak 2 lilitan. Bagaimanapun, bayi berkenaan selamat dilahirkan pada jam 12.10 tengah hari.

Sungguh besar pengorbanan ibu semasa melahirkan kita. Mereka mempertaruhkan nyawa dan mengharungi sakit semasa proses kelahiran anak yang dinanti.

Terus Dakap dan Cium

Hari ni Ahad 8 April 2018 genaplah umur #LilSuci #babyYH 7 hari iaitu tepat pada pukul 12.10 pm tadi. MashaAllah dah seminggu dah usia awak anak. Cepatnya masa berlalu. Bonda masih ingat lg masa ni minggu lepas awak baru selesai pemeriksaan keseluruhan oleh doktor & jururawat. Bonda pun baru habis dibersihkan oleh midwife dan dibawa ke wad. Masa nurse serah awak pd Bonda di wad tu, terus Bonda dakap & cium awak puas2. Subhanallah harumnya bau awak anak. Tiada 1 perfume atau pewangi pun di dunia ini standing bau harum semulajadi seluruh tubuh mu sayang. Beruntungnya Bonda, Allah kirimkan hadiah dari Syurga pada bulan kelahiran Bonda iaitu April juga. Selamat hari lahir ke 7 wahai anak. Moga jadi anak yg Solehah. Hari ini genaplah 7 hari awak jadi Umat Muhammad SAW di dunia. Hari ini juga disunatkan menamakan awak dg nama yg baik2 lagi indah. In shaa Allah sekejap lagi Bonda akan umumkan nama awak wahai si #lilMujahidahSuci ❤️ . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #yatthamzah #alhamdulillah #baby #newborn #7hari #babyYH7hari @hospitalnaluri

A post shared by www.fb.com/YATT.HARYATIHAMZAH (@yatthamzah_suci) on

Yatt dan suami bersyukur atas kelahiran cahaya mata ketiga ini. Ternyata dia terus mendakap dan cium puterinya ini sepuasnya selepas selamat melahirkan anak. Puteri ketiga Yatt diberi nama Suci Hayfaa Medina.

Credit: Yatt Hamzah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *