GST Dimansuhkan 1 Jun Tidak Benar

Kementerian Kewangan menafikan dakwaan bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan berkuat-kuasa pada 1 Jun 2018, sepertimana yang ditularkan di laman sosial, hari ini.

Kementerian itu dalam kemaskini ringkas di laman Facebook sebentar tadi berkata kenyataan mengenai pemansuhan cukai tersebut adalah palsu.

Terdahulu, kenyataan itu mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memutuskan untuk memansuhkan cukai berkenaan selepas kemenangan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), pada 9 Mei lalu.

Kenyataan palsu itu juga mendakwa ia sebagai hadiah kepada rakyat menjelang hari Raya Aidilfitri, dan kerajaan akan memulangkan semua kutipan GST bermula 9 Mei 2018.

Pakatan dalam manifesto PRU-14 mereka berjanji akan memansuhkan GST dalam masa 100 hari sekiranya mereka diberi mandat membentuk kerajaan Persekutuan.

Sumber: malaysiandigest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *