TAK TAHAN SUAMINYA DI HINA AKHIRNYA DATIN ROSMAH BUAT PERTAMA KALI NYA MUNCUL SELEPAS DATO NAJIB LETAK JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN UMNO SEMALAM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta-merta.

Perkara itu diumumkan Najib dalam satu sidang media khas selepas mesyuarat Biro Politik UMNO di. ibu pejabat parti di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Pura (PWTC).

Majis itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Kesetiaan beliau kepada parti keramat tersebut terbukti apabila bekas Perdana Menteri itu mengumumkan tidak akan meninggal UMNO dan terus setia bersama parti keramat Melayu itu.

Menurut Najib, Ahmad Zahid akan menjalankan tugas-tugas Presiden dan Pengerusi BN.

Najib berkata Biro Politik itu juga bersetuju supaya Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO manakala Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, juga Naib Presiden UMNO, menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN.

PRU14 menyaksikan penguasaan 60 tahun BN di persada pemerintahan negara berakhir apabila hanya menang 79 daripada 222 kerusi Parlimen.

Berbalik kepada tajuk utama, ikuti berita selanjutnya…

Rosmah, 64; yang merupakan wanita kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu malah mengakui dirinya sendiri turut menjadi sasaran pengkritik-pengkritik suaminya selepas beliau berkahwin dengan Najib, 62; pada 1987.

Namun begitu, Rosmah meyakini bahawa suaminya itu sedang berdepan dengan ujian Allah dan menggalakkan beliau supaya terus bersabar menempuh cabaran yang begitu besar sejak menjadi Perdana Menteri pada 2009.

Menjawab pertanyaan wartawan dalamÂÂ

sebuah acara di sini pada 21 April, beliau berkata: “Nasihat saya kepadanya (Najib) adalah supaya memperbanyakkan bersabar kerana ini semua pasti adalah ujian daripada Allah sendiri.”

umrahNAJIB TUN RAZAK DAN ISTERI, ROSMAH MANSOR KETIKA MENUNAIKAN IBADAH UMRAH SERTA MENJADI TETAMU KEPADA RAJA ARAB SAUDI AWAL MAC 2016 LALU. – GAMBAR HIASAN

“Apa yang penting adalah Allah Maha Mengetahui perkara yang sebenar,” tambah beliau. “Apa pun yang berlaku, kita perlu terus berdoa dan menyerahkannya kepada kekuasaan Allah,” ujar Rosmah kepada MalaysiaKini.

Najib pernah dibelenggu beberapa kontroversi fitnah berkaitan dana berbilion ringgit yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya, yang sebelum ini dijelaskannya merupakan wang derma politik daripada tokoh Asia Barat.

Beliau tegas menafikan wang yang diterimanya itu ada kaitan dengan masalah 1MDB dan berkata sebarang tuduhan sedemikian adalah rekaan semata-mata oleh mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Negarawan itu yang kini bersekongkol dengan musuh politik ketatnya yang pernah menggelarkan Mahathir itu sebagai firaun diktator mahazalim kini sebaliknya mahukan Najib melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Namun sehingga kini Mahathir enggan pula menyatakan siapakah pengganti Najib sama ada seterunya, Anwar Ibrahim, atau Muhyiddin Yassin atau tokoh cauvinis DAP, Lim Kit Siang atau pun anaknya sendiri, Mukhriz.

“Najib yang kawal saya, bukan sebaliknya”- kata Rosmah

 

 

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor mengakui beliau dikawal suaminya, Datuk Seri Najib Razak dan bukan sebaliknya seperti didakwa pengkritiknya.

Isteri perdana menteri itu berkata, walaupun beliau tidak sihat kerana menghadiri pelbagai program dan mengiringi Najib keluar negara atas urusan rasmi, beliau tetap diminta menggantikan suaminya.

“Saya tidak seharusnya ada di sini. Saya dimaklumkan jemputan program ini adalah untuk perdana menteri, yang secara kebetulan suami saya. Tetapi, beliau terpaksa menghadiri satu mesyuarat penting.

“Jadi, beliau (Najib) memerintahkan saya untuk hadir ke program ini. Jadi, sesiapa kata saya kawal datuk adalah tidak betul, datuk yang kawal saya. Walaupun saya maklumkan kepada beliau yang saya tidak berapa sihat.

event-rosmah-1

 

“Dia (Najib) kata kepada saya, tidak kira awak batuk atau demam, awak pergi saja dan saya, kini (berucap) di depan hadirin,” katanya sewaktu berucap pada Majlis Sepetang Bersama Pengusaha Produk Kesihatan dan Kecantikan Buatan Tempatan di Hotel Seri Pacific, hari ini.

Rosmah berkata, bukan mudah menjadi wanita pertama Malaysia, apatah lagi isteri kepada perdana menteri memandangkan masyarakat tidak memahami pelbagai cabaran dihadapinya.

“Ingat senang hendak jadi isteri kepada seorang pemimpin. Apapun kena alami pelbagai dugaan.

“Kalau tadi saya terlambat, saya mohon maaf. Saya kena makan ubat untuk meredakan batuk. Saya sudah lama tidak kena batuk dan demam.”

Sementara itu, katanya, bukan sahaja wanita yang mementingkan kecantikan, lelaki juga sama.

“Di pasaran, macam-macam jenis kosmetik untuk lelaki dekat iklan.

“Bukan sahaja perempuan nak cantik, lelaki pun nak ‘handsome’. Tetapi, saya tidak faham kenapa lelaki nak ‘handsome’. Kita suka orang macho, kita bukan suka yang kulit lembut.”

sumber: freemalaysiatoday

Jadual penerbangan Najib, Rosmah tular

 

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak akan berlepas ke Jakarta untuk bercuti selama dua hari mulai esok, kata sumber yang dekat dengan beliau malam ini.

Menurut sumber itu Najib serta isterinya Rosmah Mansor mahu berehat seketika di Indonesia.

“Beliau akan pulang (selepas tamat percutian itu),” katanya kepada Malaysiakini.

Ditanya mengenai spekulasi yang mendakwa pasangan terbabit sebenarnya bercadang melarikan diri dari negara ini, sumber itu menafikanya.

“Semua orang (yang ingin menaiki kapal terbang) ada jadual penerbangan… Jadi mereka (yang membuat spekulasi) boleh pergi (ke lapangan terbang) untuk melihat sama ada beliau melarikan diri bersama beg-beg berisi wang dan lain-lain.

“Isu (lari dari Malaysia) tak berbangkit,” katanya.

Sebelum ini orang ramai tertanya-tanya mengenai kemungkinan Najib dan Rosmah mahu meninggalkan Malaysia selepas BN gagal mendapat mandat untuk menjadi kerajaan.

Ia adalah kehilangan kuasa pertama kali dialami BN.

Khabar angin mengenai Najib dan Rosmah tersebar selepas satu imej tangkap layar menjadi tular di media sosial.

Berdasarkan imej berkenaan terpapar nama Mr Najib Razak dan Mrs Rosmah Mansor.

Berdasarkan gambar itu juga sebuah pesawat dengan nombor pendaftaran PK-RJX akan berlepas dari Lapangan Terbang Subang pada jam 10 pagi esok.

Destinasi pesawat udara itu ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma di Jakarta, Indonesia.

Selain gagal mempertahankan Putrajaya beberapa negeri juga jatuh kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir adalah salah seorang pengkritik Najib paling tegar dan beberapa kali menyatakan rancangannya untuk menyiasat presiden Umno berkenaan terutama dalam isu 1MDB.

sumber: chemanfasn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *