Pembubaran umpama hukuman – UMNO

KUALA LUMPUR: Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO tidak bersetuju tindakan kerajaan membubarkan Majlis Profesor Negara (MPN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Jabatan Hal-Ehwal Khas (JASA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Menurutnya, pembubaran empat agensi berkenaan bukan saja tidak wajar sama tetapi juga umpama hukuman kepada rakyat.