(Video) Detik Tr4gis Tiga Sahabat, Pasang Kamera Untuk R4kam Aksi Mandi Di Kolam, Tapi Terakam Detik Kemati4n Mereka

Tiga orang sahabat secara tidak sengaja telah merakam sendiri babak dimana-dimana ketiga-tiga lelaki tersebut lemas dan maut ketika mandi di sebuah kolam terbiar. Dipercayai mereka pada mulanya berniat untuk merakam aksi mereka berenang di kolam tersebut.

Chetan Khatik, 28, Sudarshan Chandel, 22, dan Radheyshyam Khatik, 27, berhenti sebentar di kolam itu ketika keluar beriadah dengan berbasikal di bandar Rajsamand di Rajashtan, India.

Walaupun ketiga-tiga mereka tidak pandai berenang, mereka tetap mencuba untuk berenang di dalam kolam dalam di Gauri Dham Kund.

Sebelum kejadian tersebut berlaku, salah seorang daripada mangsa telah meletakkan telefon bimbitnya dalam tetapan merakam di atas permukaan dipercayai batu. Rakaman awal selama tiga minit tersebut merakam detik mereka bergelut di dalam air dan perlahan-lahan tenggelam ke dasar kolam.

Kejadian itu bermula apabila salah seorang daripada mereka terjun ke dalam kolam, mangsa mula menunjukkan tanda-tanda mahu lemas, menyebabkan kedua-dua orang lagi rakannya turut terjun ke dalam kolam itu bagi menyelamatkan mangsa yang terkapai-kapai.

Bagaimanapun, dua lagi mangsa yang terjun kemudian turut mengalami nasib yang sama. Tidak lama kemudian, melalui rakaman tersebut dapat dilihat ketiga-tiga mereka saling berpaut antara satu sama lain dalam usaha untuk menyelamatkan diri hinggalah seorang demi seorang mula tenggelam dan lemas.

Nasib yang menimpa ketiga-tiga mangsa hanya disedari apabila keluarga mereka yang risau dengan kehilangan mereka telah membuat laporan polis. Siasatan polis akhirnya membawa kepada penemuan jasad tiga sahabat itu di dasar kolam tersebut.

”Ketiga-tiga mangsa mempunyai pertalian darah dan mengenali antara satu sama lain,” kata pegawai penyiasat, Rajender Godara.

Pihak polis kemudian menemui telefon bimbit salah seorang mangsa dan dapat mengenal pasti punca kehilangan mereka. Ketiga-tiga mangsa lemas dalam masa kurang tiga minit.

”Chetan dilihat bergerak ke kawasan lebih dalam kolam dan mula terkapai-kapai. Radhey Shyam dan Sudarshan cuba menyelamatkannya, namun gagal dan turut terkorban,”kata Ramesh Chandel, rakan kepada ketiga-tiga mangsa.

Sumber : Dailymail

Kredit: Islamikinfo

Apa kata anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Kongsi Ya. Terima Kasih !! II

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *