Dilabel Syiah Gara-Gara Jatuhkan Maruah Ustaz, Ini Respon Penulis Skrip Drama ‘Nur’

Sejak ditayangkan minggu lalu, drama ‘Nur’ lakonan Syafiq Kyle dan Aamyra Rosli mendapat sambutan baik dari penonton. Kisah seorang ustaz yang bertemu dengan pelacur menjadikan jalan cerita drama ini semakin menarik.

Namun, ada segelintir netizen menganggap penulis skrip ini sengaja menjatuhkan maruah golongan ustaz apabila watak Ustaz Hamadi sebagai orang munafik. Ini respon dari penulis skrip drama ini sendiri.

Dilabel Syiah

Korang tengok….
Abam dikatakannya ahli wahabbi dan syiah? Pala hotak dia. Dia tahu tak Abam ni sebenarnya ahli The Avengers!?

Tuduh menghina golongan ulamak

Bagi mereka yg menuduh abam sengaja nak menjatuhkan maruah golongan ustaz dengan memaparkan watak Ustaz Hamadi dengan watak sehitam itu. Secara ikhlasnya abam memohon maaf yer kalau paparan itu menyentap rasa tenteram anda sehingga membuatkan anda merasa gelisah. Ada yg sampai menuduh abam macam macam sehingga ada yg tergamak kata dikatakan menghina golongan ulamak dan bakal menjadi ahli neraka.

Abam cuma mampu tersenyum jer. Abam doakan mereka mereka yg masih indenial ini dipermudahkan Allah terserempak dengan golongan penunggang agama yg semakin bersepah sepah di sekeliling kita. Pernah dengar kisah imam phedophile? Pernah dengar kisah ustaz tahfiz yg tiap tiap malam ajak student tengok blue sebelum dia suruh budak tu oral sex dia? Setakat ustaz ustaz yg buat video sex tu perkara biasa dah sekarang. Ustaz ustaz gay biseksual tu pun dah satu yg lumrah

 

Abang jumpa depan mata sendiri

Tu belum ada ustaz ustaz yg beria ria nak bukak tahfiz sebab objektif utamanya ialah untuk kutip derma dengan menggunakan pelajar bawah umur. Semua tu abam dah bertemu dik. Ya! Depan mata abam sendiri. Sebagai penulis skrip subject subject macam ni memang abg curious sangat. Abam cuba dekati mereka. Cuba selami hati mereka. Org org macam ni sebenarnya indenial jugak. Mengharapkan suatu hari nanti mereka sempat bertaubat yg mereka anggap semudah tekan suis on an off. Takut bukan? Especially mak bapak yg beria ia nak hantar anak ke sekolah pondok.

Walaupun begitu BUKAN semua ustaz ustaz di sekolah pondok atau tahfiz sejahat Ustaz Hamadi. RAMAAAIIIII yg baik dan ikhlas. Cuma kebaikan mereka semakin tenggelam dengan kemunculan ustaz ustaz ala Ustaz Hamadi ini. So tujuan abam paparkan kisah dan watak seperti ini hanyalah sebagai langkah kita berjaga jaga. Mak bapak kena ambik tahu apa yg berlaku di sekolah pondok atau tahfiz anak anak mereka. Jangan main percaya jer. Masa depan anak anak akan jahanam kalau jatuh di tangan mereka.

Selamat menonton kejahatan Ustaz Hamadi. Semoga mendatangkan ikhtibar pada semua.

Sumber :  Budakijat

Kredit: ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *