BERITA GEMBIRA UNTUK KAKITANGAN AWAM SEMPERNA MENYAMBUT AIDILFITRI !!!

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka mengumumkan pemberian bantuan khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri terutama untuk kakitangan awam berpangkat rendah.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, beliau akan mengusulkan cadangan kepada Perdana Menteri mengenai bantuan sempena Aidilfitri yang akan disambut umat Islam tidak lama lagi.

“Kita tahu untuk menyambut hari raya ini ada yang tertanya-tanya, bagaimana pula dengan bonus raya. Tapi saya harap tuan-tuan dan puan-puan bolehlah juga bertimbang rasa kerana keadaan ekonomi yang kurang baik.

“Bagaimanapun untuk daripada pangkat bawah (berpangkat rendah), saya akan minta sekurang-kurangnya ada sikit bayaran. Ini saya akan minta daripada kabinet Perdana Menteri. Tapi jangan harap banyak-banyaklah, cuma sekurang-kurangnya untuk golongan bawah kita akan usahakan.

“Ini adalah raya, mesti ada sesuatu. Itu yang saya rasa kita akan cadangkan, tetapi jumlahnya akan diumumkan Perdana Menteri,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Ketika pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober tahun lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, penjawat awam akan menerima bayaran khas berjumlah RM1,500, di mana bayaran itu disalurkan dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari lalu dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri 2018.

Pada tahun lalu, Najib mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan kebajikan rakyat sentiasa dijaga walau apa pun cabaran dan tekanan yang ada.

“Itu bukan saja prinsip perjuangan Pakatan Harapan, tetapi menjadi perjuangan saya sendiri. Jadi saya harap dalam Kementerian Kewangan, kita bukan saja ada tugas untuk mencergaskan pertumbuhan ekonomi, tetapi bertanggungjawab untuk memastikan pengagihan dibuat secara adil dan saksama supaya tiada rakyat yang ketinggalan.

“Kita mahu jadikan Malaysia sebagai negara keusahawanan dan berkebajikan, walaupun dianggap bertentangan kerana keusahawanan dan kebajikan tidak boleh bergerak seiring, tetapi ia sebenarnya boleh sekiranya kita benar-benar berintegriti.

“Ketika mesyuarat kabinet pertama, kita (menteri) pun kena potong gaji sendiri, tetapi kita tidak tuntut anda (penjawat awam) punya gaji dipotong. Lebih baik kita potong dulu gaji kita daripada gaji anda dipotong,” katanya.

Sumber: krengkukeng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *