‘Power English Abang Mat’

Baru sahaja empat hari menjadi Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ataupun lebih mesra dipanggil Mat Sabu dah pun terima kunjungan hormat daripada Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, H. E. Kamala Shirin Lakhdir.

Menurut Astro Awani, perjumpaan bersejarah tersebut telah diadakan di pejabat Mat Sabu yang terletak di Wisma Pertahanan di ibu negara semalam.
Sumber: Astro Awani
Kunjungan hormat tersebut ternyata menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana perjuangan politik Mat Sabu yang berpuluh-puluh tahun akhirnya berbaloi dan mendapat tumpuan dari dalam dan luar negara.

Sumber: Astro Awani
Mat Sabu turut ditemani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Datuk Junaidah Kamarruddin dan beberapa pegawai Kanan Kementerian Pertahanan.


Sumber: Astro Awani

Melihatkan Mat Sabu yang nampak tak kekok berdepan dengan orang Amerika, rata-rata memuji Menteri Pertahanan favourite rakyat ni dengan pelbagai komen mencuit hati. Katanya, pasti Mat Sabu ni fasih berbahasa Inggeris kerana nampak sempoi je melayan Duta AS tu.

Ada juga yang mengakui mereka terkejut sewaktu pertama kali mendengar Mat Sabu berbahasa Inggeris.Menurutnya, Bahasa Inggeris Mat Sabu ni boleh tahan hebat.


Sumber: Twitter

Ramai yang kagum dengan Mat Sabu sebab Menteri Pertahanan kita ni nampak tenang dan steady je menerima kunjungan Duta AS. Ada juga yang berpesan supaya Mat Sabu jangan terkeluar loghat utara pula ketika bersembang tu.

Sumber: Twitter

Kalau tak pernah dengar Mat Sabuspeaking, korang boleh dengar dalam video ni:

Haa jangan main-main, ingat Abang Mat kita ni tak reti speaking ke? Speaking boleh, buat lawak boleh, masak pun boleh tau! Cayalah Mat Sabu!

Sumber : aiskacang